NOTIS PRIVASI KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN

Notis privasi ini (“Notis Privasi”) diberikan kepada semua pelanggan CKL Holdings Sdn Bhd (termasuk semua subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu) (“Syarikat”), selaras dengan obligasi statutori kami di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 PDPA“).

Sepanjang masa urusan anda dengan kami, kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda termasuk nama, tarikh lahir, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, nombor kenderaan, maklumat perhubungan anda dari pelbagai sumber termasuk borang kami yang diisi oleh anda, CCTV atau laman web kami untuk tujuan berkomunikasi dengan anda, memberi produk dan perkhidmatan kepada anda, membuat transaksi komersial dengan anda, memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan anda, memberi anda maklumat terkini mengenai produk, perkhidmatan atau promosi yang ditawarkan oleh kami atau pihak ketiga, merujuk kepada anda (termasuk menyiarkan nama dan gambar anda) sekiranya anda menyertai acara/aktiviti yang dianjurkan oleh kami, serta tujuan-tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan kami sepertimana yang tertera dalam Polisi Privasi kami (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).

Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda kecuali kepada syarikat-syarikat di dalam kumpulan Syarikat kami, penasihat professional kami, ejen, vendor, pembekal, kontraktor, pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan, syarikat insurans, bank atau institusi kewangan, di dalam atau di luar Malaysia, bagi Tujuan-Tujuan yang disebut di atas, kepada mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda secara sulit, kepada mana-mana pihak sepertimana yang tertera dalam Polisi Privasi kami, atau sekiranya diperlukan di bawah undang-undang. Sesalinan Polisi Privasi kami boleh didapati di laman web kami di sini.

Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi ini, kami mungkin tidak dapat memberikan produk atau perkhidmatan secara efektif kepada anda atau memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang disebut di atas.

Kami akan memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa (contohnya, meminta kami berhentikan penghantaran iklan atau promosi kepada anda untuk tujuan pemasaran). Walaubagaimana pun, kami mempunyai hak untuk bergantung kepada mana-mana pengecualian dalam mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda.

Permintaan atau pertanyaan bertulis anda perlu disampaikan kepada kami dengan memuat turun dan melengkapkan Borang PDPA dan poskan kepada:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi

Alamat: 3rd Floor, Wisma CKL, No. 39-3 & 41-3, Jalan 23/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-62032020

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau yang belum dikemaskinikan. Anda mesti, dengan segera, mengemaskini data peribadi anda sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi yang anda beri kepada kami.

Setakat mana yang anda telah memberikan (atau akan memberikan) data peribadi tentang ahli keluarga, pasangan, tanggungan anda dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan (atau akan menjelaskan) kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan didedahkan kepada, dan akan diproses oleh, kami dan anda menyata dan menjamin bahawa anda telah diberi kuasa untuk mendedahkan data peribadi mereka kepada kami dan anda telah memperolehi persetujuan daripada mereka berkenaan dengan pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini.

Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan atau pemindahan kepada Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami akan dimaklumkan melalui pengumuman di laman web kami atau melalui cara yang bersesuaian. Jika kami meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami, pindaan itu hanya akan berkuat-kuasa untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis Privasi atau Polisi Privasi kami yang terpinda.

Mengikut Seksyen 7(3) PDPA, Notis Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Setakat Jun 2016

NOTIS PRIVASI

Kepada vendor-vendor/pembekal-pembekal/pengedar-pengedar/tuan-tuan tanah/penyewa/pemandu,

Notis privasi untuk data peribadi ini (“Notis Privasi”) diberikan kepada semua vendor/pembekal/pengedar/tuan-tuan tanah/penyewa dan pemandu CKL Holdings Sdn Bhd (termasuk semua subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu) (“Syarikat”, “kita” atau “kami”), selaras dengan obligasi statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Sepanjang masa urusan anda dengan kami, kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda termasuk nama, nombor kad pengenalan (dan Salinan), lesen pemandu, umur, nombor telefon, butiran akaun bank, dari pelbagai sumber termasuk borang kami yang diisi oleh anda, laman web, CCTV, surat perjanjian, doukumen perakaunan, data peribadi yang terdapat di sumber umum untuk tujuan pelaksanaan perjanjian kita dan semua tujuan lain yang bersampingan atau berkaitan dengan pelaksaan perjanjian kita, berkomunikasi dengan anda, mengupah anda untuk memberi produk atau perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami, memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan anda, memproses invois anda berkaitan dengan penjualan/pembekalan/pengedaran produk atau perkhidmatan anda, serta tujuan-tujuan lain yang kami perlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami sepertimana yang tertera dalam Polisi Privasi kami, yang mana berkaitan atau berkenaan (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).

Kami tidak akan mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda kecuali kepada syarikat-syarikat di dalam kumpulan Syarikat (termasuk subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu kami), penasihat profesional, ejen, vendor, pembekal, kontraktor, pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan, pelanggan, syarikat insurans, bank atau institusi kewangan, di dalam atau di luar Malaysia, jikalau perlu, bagi Tujuan-Tujuan yang disebut di atas, kepada mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda secara sulit, kepada mana-mana pihak sepertimana yang tertera dalam Polisi Privasi kami, atau sekiranya diperlukan di bawah undang-undang. Sesalinan Polisi Privasi kami boleh didapati di sini.

Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami, atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi ini, kami mungkin tidak dapat mengupah anda untuk memberi produk atau perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami secara efektif atau memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang disebut di atas.

Kami akan memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa (contohnya, meminta kami berhentikan penghantaran iklan atau promosi kepada anda untuk tujuan pemasaran). Walaubagaimana pun, kami mempunyai hak untuk bergantung kepada mana-mana pengecualian dalam mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda.

Permintaan atau pertanyaan bertulis anda perlu disampaikan kepada kami dengan memuat turun dan melengkapkan BorangPDPA dan poskan kepada:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi

Alamat: 3rd Floor, Wisma CKL, No. 39-3 & 41-3, Jalan 23/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-62032020

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau yang belum dikemaskinikan. Anda mesti, dengan segera, mengemaskini data peribadi anda sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi yang anda beri kepada kami.

Setakat mana yang anda telah memberikan (atau akan memberikan) data peribadi tentang ahli keluarga, pasangan, tanggungan anda (jikalau anda ialah seorang individu), pengarah, pemegang saham, wakil, ejen (jikalau anda ialah sebuah entiti korporat/organisasi) dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan (atau akan menjelaskan) kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan didedahkan kepada, dan akan diproses oleh, kami dan anda menyata dan menjamin bahawa anda telah diberi kuasa untuk mendedahkan data peribadi mereka kepada kami dan anda telah memperolehi persetujuan daripada mereka berkenaan dengan pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini.

Berkenaan dengan individu yang belum mencapai usia dewasa (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang tidak mempunyai kompeten untuk memberi persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda ialah ibu bapa atau penjaga atau orang yang mempunyai kewajipan terhadap mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan urusan mereka atau mereka telah melantik anda untuk mewakili mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka berkenaan dengan pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini.

Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan atau pemindahan kepada Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami akan dimaklumkan melalui pengumuman di laman web kami atau melalui cara yang bersesuaian. Jika kami meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami, pindaan itu hanya akan berkuat-kuasa untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis Privasi atau Polisi Privasi kami yang terpinda.

Mengikut Seksyen 7(3) PDPA, Notis Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Setakat Jun 2016

NOTIS PRIVASI KEPADA PEKERJA & PEMOHON KERJA

Notis privasi untuk data peribadi ini diberikan kepada semua pekerja dan pemohon kerja CKL Holdings Sdn Bhd (termasuk syarikat induknya, semua subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu) (“Syarikat”), selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda (termasuk nama, nombor dan salinan kad pengenalan, umur, nombor cukai dan KWSP, lesen memandu, penyata gaji dan maklumat pekerjaan terdahulu, maklumat pendidikan, maklumat perhubungan, nombor akaun bank, maklumat berhubungan dengan ahli keluarga dan mungkin data peribadi yang sensitif seperti maklumat mengenai keadaan kesihatan fizikal atau mental, kepercayaan agama dan rekod jenayah) daripada pelbagai sumber termasuk borang permohonan pekerjaan, CCTV atau laman web kami untuk memproses permohonan pekerjaan anda dan untuk berkomunikasi dengan anda. Kami akan mendapatkan maklumat mengenai anda daripada pihak ketiga seperti agensi pengambilian and pemilihan pekerja, portal pekerjaan dan rekod awam mengenai kelayakan dan pengalaman anda bagi tujuan pengambilan pekerjaan dan pentadbiran sumber manusia.

Jika permohonan anda berjaya, kami akan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berkenaan dengan pentadbiran sumber manusia termasuk tetapi tidak terhad kepada memproses gaji anda, mentadbir pemindahan perkerja, mengurus faedah-faedah pekerjaan seperti kelayakan cuti tahunan, cuti sakit, dan menngendalikan sistem IT dan komunikasi kami serta tujuan-tujuan lain yang kami perlukan atau berhubungan dengan perkerjaan anda dengan kami yang sepertimana tertera dalam Polisi Privasi Pekerja kami (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”). Sesalinan Polisi Privasi Pekerja kami akan diberikan kepada anda atas permintaan anda.

Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi Tujuan-Tujuan berterusan atau sekiranya diperlukan di bawah undang-undang.

Kami akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga seperti (a) pembekal perkihdmatan kami yang berkaitan dengan sistem IT, pengurusan rekod, penyimpanan, bank, insurans dan penasihat professional; dan (b) pihak berkuasa dan kerajaan sekiranya diperlukan di bawah undang-undang, atau kepada mana-mana pihak sekiranya diperlukan di bawah undang-undang. Kami juga akan mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat-syarikat di dalam kumpulan Syarikat untuk tujuan menentukan kesesuaian anda untuk pekerjaan, penukaran sementara, pemindahan anda ke syarikat-syarikat dalam kumpulan Syarikat atau untuk Tujuan-Tujuan yang disebut di atas.

Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami, atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi ini, kami tidak dapat menilai dan memproses permohonan anda, menawarkan pekerjaan kepada anda, mengurus dan mengekalkan hubungan pekerjaan anda dengan kami, memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang tersebut di atas atau menawarkan faedah-faedah pekerjaan kepada anda.

Kami akan memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda boleh menulis kepada kami untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Segala permintaan atau pertanyaan bertulis anda perlu disampaikan kepada kami dengan memuat turun dan melengkapkan Borang PDPA dan poskan kepada:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi

Alamat: 3rd Floor, Wisma CKL, No. 39-3 & 41-3, Jalan 23/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-62032020

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda sepertimana yang tertera di Notis Privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau yang belum dikemaskinikan. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi yang anda beri kepada kami, anda akan segera memaklumkan kami.

Jika anda telah memberikan data peribadi tentang ahli keluarga, pasangan atau tanggungan lain anda, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan didedahkan kepada kami, dan akan diproses oleh kami dan anda menyata dan menjamin bahawa anda telah diberi kuasa untuk mendedahkan data peribadi mereka kepada kami dan anda telah memperolehi kebenaran daripada mereka berkenaan dengan pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana yang tertera dalam Notis Privasi ini.

Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi Pekerja kami dari semasa ke semasa dan anda akan dimaklumkan melalui cara yang bersesuaian.

Setakat Jun 2016